global

Pantanal musnah dalam kebakaran hutan

Oleh AFP

SAO PAOLO: Lebih 50,000 hektar kawasan di tanah paya tropika Pantanal di selatan Brazil dilaporkan musnah dalam kebakaran hutan, kata pihak berkuasa wilayah.

Pejabat gabenor Mato Grosso do Sul dalam kenyataannya berkata, situasi adalah kritikal apabila kebakaran itu memusnahkan tiga bandar di Pantanal.

“Api serta asap tebal mengganggu aliran trafik di lebuh raya,” kata kenyataan itu.

Manakala koordinator Pusat Pengurusan Risiko Negara, Paulo Barbosa de Souza berkata, kebakaran menjadi semakin buruk akibat tiupan angin dan keadaan kering sekali gus menyebabkan masalah logistik.

Gambar satelit dikeluarkan Institut Kajian Angkasa Kebangsaan (INPE) Brazil menunjukkan terdapat hampir 8,500 kebakaran di sekitar kawasan Pantanal antara Januari hingga Oktober tahun ini.

Disiarkan pada: November 1, 2019 @ 2:11pm
d