global

Sidang kemuncak ASEAN dikawal ketat

Oleh Reuters

BANGKOK: Thailand menggerakkan lebih 17,000 anggota keselamatan hari ini menjelang sidang kemuncak negara Asia Tenggara dan pemimpin antarabangsa di Bangkok, yang mengawal keselamatan daripada serangan selepas 12 letupan pada Ogos lalu.

Beberapa jalan raya di sekitar tempat sidang kemuncak untuk pemimpin Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) di Nonthaburi, utara Bangkok, dikawal sejak semalam.

Kira-kira 5,000 anggota keselamatan ditugaskan di tempat utama berlangsung, kata penolong ketua polis nasional, Damrongsak Kittiprapas kepada Reuters.

Kawalan keselamatan adalah kebimbangan utama buat pihak berkuasa Thailand selepas siri serangan bom di ibu kota ini Ogos lalu ketika ia menganjurkan pertemuan Menteri Luar ASEAN.

Pertemuan itu juga dihadiri diplomat atasan dari Amerika Syarikat (AS), China dan kuasa dunia lain.

Disiarkan pada: November 1, 2019 @ 8:57pm
d