global

4 terbunuh dalam pesta Halloween

Oleh AFP

LOS ANGELES: Sekurang-kurangnya empat terbunuh manakala beberapa orang tercedera dalam satu kejadian tembak di pesta Halloween berhampiran San Francisco, kata pihak berkuasa dan media tempatan.

Menurut NBC Bay Area, tembakan itu berlaku di sebuah rumah sewa Airbnb pada malam semalam di Orinda, sekitar 30 kilometer ke timur laut San Francisco.

“Pembunuhan di Orinda disahkan iaitu empat kematian dengan beberapa kecederaan,” kata pejabat sheriff Contra Costa County menurut Twitter hari ini.

Sementara itu, media tempatan melaporkan, tiga terbunuh manakala sembilan lagi cedera dalam satu pesta Halloween di selatan Los Angeles pada lewat Selasa lalu.

Disiarkan pada: November 1, 2019 @ 9:53pm
d