global

AS siasat aplikasi TikTok

Oleh AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat membuka satu siasatan keselamatan terhadap aplikasi video popular milik China, Tik Tok, lapor New York Times semalam.

Laporan yang memetik sumber itu berkata, siasatan terbabit mungkin untuk meneliti sama ada aplikasi yang popular dengan video muzik digunakan untuk menghantar data ke China.

Siasatan itu diketuai Jawatankuasa Pelaburan Asing di Amerika Syarikat iaitu sebuah panel kerajaan yang meneliti pemerolehan di negara itu oleh syarikat asing, kata laporan itu.

Berita mengenai siasatan itu muncul selepas ahli kongres menggesa kajian risiko keselamatan perlu dilakukan terhadap aplikasi Tik Tok sambil memberi amaran ia mungkin digunakan oleh Beijing untuk tujuan perisikan.

TikTok yang popular di kalangan generasi muda dianggarkan mempunyai kira-kira 500 juta pengguna di seluruh dunia.

Disiarkan pada: November 2, 2019 @ 11:17am
d