global

53 tentera maut dalam serangan di Mali

Oleh AFP

BAMAKO (MALI): Sekurang-kurangnya 53 anggota tentera maut dalam serangan pengganas ke atas pos kawalan tentera di timur laut Mali, semalam.

AFP yang memetik Menteri Komunikasinya, Yaya Sangare di akaun Twitter mengesahkan terdapat seorang orang awam turut terbunuh di Indelimane, wilayah Menaka.

“Situasi adalah terkawal manakala usaha mencari dan mengenal pasti mayat masih berterusan,” katanya.

Sehingga kini tiada pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan berkenaan.

Ia berlaku selepas sebulan dua penyerang membunuh 40 anggota tentera berhampiran sempadan di Burkina Faso.

Disiarkan pada: November 2, 2019 @ 12:00pm
d