global

21 korban gempa bumi di Filipina

Oleh AFP

MANILA: Jumlah korban susulan dua gempa bumi yang melanda selatan Filipina minggu lalu meningkat kepada 21 orang, ketika mangsa terselamat berdepan kesukaran untuk mendapatkan makanan dan bekalan air.

Gempa bumi berukuran 6.6 magnitud dan 6.5 magnitud melanda pulau Mindanao dua hari lalu, memusnahkan kebanyakan bangunan dan menyebabkan puluhan ribu penduduk kehilangan tempat tinggal.

Rakaman televisyen menunjukkan, penduduk yang tinggal di dalam khemah berhampiran lebuh raya meminta makanan dan minuman daripada pemandu dan penunggang motosikal.

Menurut majlis bencana nasional, anggota penyelamat menemui lebih banyak mayat ditimpa serpihan bangunan dan tanah runtuh.

“Gempa bumi juga menyebabkan 432 penduduk cedera manakala dua lagi masih hilang,” katanya.

Disiarkan pada: November 3, 2019 @ 7:35pm
d