global

Kakitangan PBB mogok, tuntut naik gaji

Oleh AFP

AMMAN: Ribuan kakitangan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk penduduk Palestin melancarkan mogok di Jordan, hari ini, sekaligus menyebabkan sekolah dan pusat kesihatan yang menyediakan perkhidmatan kepada dua juta orang ditutup.

Menurut jurucakap UNRWA Sami Mshamsha, mogok berkenaan menuntut kenaikan gaji, disertai kira-kira 7,000 pekerja dan berlaku ketika agensi berkenaan berdepan dengan krisis kewangan yang luar jangkaan.

“Ia juga menyebabkan kerja-kerja di sekolah, klinik dan pusat UNRWA yang menyediakan kebajikan sosial kepada pelarian di seluruh Jordan tergendala.

“Kami mengutuk mogok ini sekeras-kerasnya dan bimbang kesannya terhadap perkhidmatan kepada pelarian,” kata Mshamsha.

Disiarkan pada: November 4, 2019 @ 12:00am
d