global

Telinga aktivis Hong Kong putus digigit [METROTV]

Oleh Agensi

HONG KONG: Seorang ahli politik prodemokrasi putus telinga selepas digigit seorang lelaki dalam satu pergaduhan mengenai konflik di pulau itu semalam.

Dalam kejadian di luar sebuah pasar raya di Tai Koo Shing, lima orang lagi cedera akibat ditikam lelaki berkenaan.

Daily Mail melaporkan, penyerang itu bertengkar dengan beberapa penunjuk perasaan prodemokrasi sebelum dia tiba-tiba mengeluarkan pisau.

Seorang kaunselor politik prodemokrasi, Andrew Chiu cuba menghalang lelaki berkenaan tetapi dalam pergelutan itu telinganya digigit suspek sampai putus.

Beberapa lagi mangsa pula cedera selepas ditikam suspek.

Polis memberitahu, enam orang termasuk dua wanita cedera dalam serangan berkenaan.

Tiga individu termasuk suspek turut ditahan polis.

Hong Kong terjerumus dalam konflik politik susulan tunjuk perasaan ganas selama beberapa minggu bagi membantah pengaruh China di pulau bekas jajahan British itu.

Disiarkan pada: November 4, 2019 @ 4:51pm
d