global

Sembilan kru Filipina diculik lanun

Oleh Reuters

COTONOU: Sembilan orang termasuk kapten diculik lanun dari sebuah kapal yang mengibarkan bendera Norway di luar pantai Benin kelmarin.

Persatuan Pemilik Kapal Norway dalam satu kenyataan berkata, kesemua kru kapal milik firma Norway, J.J Ugland itu berasal dari Filipina.

Selepas serangan, kapal MV Bonita itu berlayar ke pelabuhan di Cotonou dan polis menemubual kru yang terselamat mengenai kejadian itu.

J.J Ugland dalam satu kenyataan pada hari ini berkata, firma itu bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyelamatkan kru yang diculik.

Menurutnya, kru yang terselamat berada dalam keadaan baik.

Teluk Guinea di Afrika Barat adalah kawasan berisiko tinggi kerana kerap berlaku kes rompakan bersenjata dan penculikan.

Seramai 10 kelasi dari Turki diculik di Nigeria pada Julai lalu diikuti penculikan lapan kru kapal di Cameroon sebulan selepas itu.

Disiarkan pada: November 4, 2019 @ 8:19pm
d