global

Ahli politik pro-Beijing diserang di HK

Oleh AFP

HONG KONG: Seorang ahli politik pro-Beijing cedera diserang menggunakan pisau dalam keganasan politik terbaru oleh penunjuk perasaan demokrasi, di sini, hari ini.

Menurut polis, tiga orang cedera termasuk penyerang.

Sumber polis memberitahu AFP, Junius Ho, 57, mengalami luka di sebelah kiri dadanya akibat ditikam dan kemudian dihantar ke hospital manakala penyerangnya segera ditahan.

Video dalam talian memaparkan kejadian ketika serangan itu berlaku.

Seorang lelaki yang memegang sejambak bunga menghampiri Ho pagi tadi ketika ahli politik itu berkempen dengan anggota parti di Tuen Mun, sebuah bandar di pinggir Hong Kong berhampiran sempadan China.

Lelaki itu sempat memberi Ho bunga dan mahu merakam gambarnya sebelum menarik pisau dari beg lalu menyerang mangsa di dada.

Ho dan pembantunya sempat menahan lelaki itu daripada terus bertindak malah dia turut menjerit di dalam bahasa Kantonis, “Junius Ho, kau sampah!”.

Disiarkan pada: November 6, 2019 @ 2:18pm
d