global

59 terselamat, feri karam

Oleh AFP

MANILA: Pihak berkuasa Filipina berjaya menyelamatkan 59 orang selepas feri yang dinaiki karam berhampiran pulau Cebu, kata pengawal pantai.

AFP melaporkan, kapal Siargao Princess itu mengikuti laluan berhampiran pulau terbabit sebelum kru membuat panggilan radio meminta bantuan.

Sehingga kini, pasukan penyelamat masih meneruskan usaha mencari semua penumpang dan kru.

“Operasi masih diteruskan. Kita tidak akan berhenti sehingga mengesahkan semua orang selamat,” kata jurucakap pengawal pantai, Leftenan Michael Encina.

Nahas bot sering dilaporkan berlaku di negara kepulauan itu apabila rakyatnya bergantung kepada pengangkutan feri kerana murah.

Disiarkan pada: November 7, 2019 @ 6:21pm
d