global

6 maut dalam serangan pemberontak

Oleh AFP

ABU DHABI: Enam termasuk empat orang awam terbunuh dalam serangan dilancarkan pemberontak Yaman ke atas sebuah pangkalan tentera di bandar Mokha berhampiran Laut Merah, kata sumber pasukan perubatan hari ini.

AFP melaporkan, serangan itu turut menyebabkan sebuah hospital dikendalikan Doktor Tanpa Sempadan (MSF) musnah dan mereka terpaksa menggantung operasi.

Menurut doktor, enam termasuk empat orang awam maut manakala 26 lagi cedera.

Manakala sumber tentera berkata, sistem pertahanan udara memintas tiga peluru berpandu namun peluru keempat terkena pangkalan tentera.

Katanya, serangan itu memusnahkan sebuah kemudahan penyimpanan senjata yang digunakan oleh tentera pro kerajaan.

Disiarkan pada: November 7, 2019 @ 8:17pm
d