global

Iran dilanda gempa bumi cetek

Oleh AFP

TEHRAN: Gempa bumi cetek berukuran 5.9 magnitud menggegarkan barat laut Iran awal pagi ini.

 

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) dalam satu kenyataan berkata gempa bumi itu berlaku kira-kira jam 2.30 pagi waktu tempatan.

 

Gempa bumi itu tercetus sekitar 60 kilometer dari bandar Hastrud di timur Azerbaijan.

Disiarkan pada: November 8, 2019 @ 10:07am
d