global

Penyanyi dan perompak Perancis meninggal dunia

Oleh AFP

TOULOUSE: Penyanyi punk Perancis, Gilles Bertin yang juga perompak bank meninggal dunia di Barcelona, Sepanyol semalam.

Anggota kumpulan Camera Silens berusia 58 tahun itu meninggal dunia di sebuah hospital pada pagi.

“Dia meninggal dunia selepas beberapa hari mendapatkan rawatan di hospital,” kata peguam Bertin, Christian Etelin.

Bertin terbabit dalam rompakan bank pada 1988 dan melarikan diri dari pihak berkuasa selama 30 tahun.

Dia akhirnya menyerah diri pada 2016 dan dijatuhkan hukuman penjara tertangguh selama lima tahun pada 2018.

Penyanyi terbabit dan beberapa anggota Camera Silens dijangkiti HIV selepas berkongsi jarum suntikan ketika menagih dadah jenis heroin.

Menyedari mereka mungkin tidak akan hidup lama, mereka merompak sebanyak 12 juta francs (RM49.87 juta) dari sebuah bank Brinks di Toulouse, Perancis.

Disiarkan pada: November 8, 2019 @ 11:06am
d