global

Ryanair paling kotor? [VIDEO]

Oleh Agensi

LONDON: Ryanair dinamakan sebagai syarikat penerbangan paling kotor di United Kingdom (UK) apabila kurang daripada separuh penumpangnya memberi penarafan bagus untuk tahap kebersihannya, lapor kaji selidik Which? Travel.

Daily Mail melaporkan, kaji selidik yang membabitkan hampir 8,000 penumpang itu mendapati sebanyak 81 peratus daripada mereka memberi penarafan positif terhadap 42 syarikat penerbangan lain.

Ia berbeza dengan Ryanair apabila kurang daripada separuh iaitu sebanyak 42 peratus penumpang yang menaiki pesawat syarikat itu kurang berpuas hati dengan tahap kebersihannya.

Pada masa sama, ramai penumpang yang menaiki pesawat WizzAir turut mengkritik tahap kebersihan syarikat itu apabila 10 peratus memberi penarafan kurang bersih.

Sementara itu, hampir semua penumpang yang menaiki beberapa syarikat penerbangan lain berpuas hati dengan tahap kebersihan mereka iaitu Air New Zealand (97 peratus), Singapore Airlines (96 peratus), Emirates (95 peratus), Qatar Airways (95 peratus), Cathay Pacific (94 peratus) dan Swiss (94 peratus).

Disiarkan pada: November 9, 2019 @ 8:22pm
d