global

Sakit jantung dibuatnya nak...

Oleh Agensi

BEIJING: Seorang ibu berusia 36 tahun diserang sakit jantung ketika cuba mengajar anaknya membuat kerja sekolah subjek Matematik dalam kejadian di Hubei, China.

Times Now News melaporkan, kejadian itu menyebabkan wanita terbabit yang dikenali dengan nama Wang terpaksa dikejarkan ke hospital.

Menurutnya, dia tertekan apabila anaknya yang berusia sembilan tahun sukar memahami penyelesaian Matematik cuba diajarnya.

“Saya menjelaskan beberapa kali namun dia tidak memahaminya. Saya terlalu marah sebelum jantung berdegup kencang serta sukar bernafas,” katanya.

Dia yang menyedari sesuatu tidak kena segera menghubungi suaminya untuk dihantar ke hospital.

Menurut doktor, wanita itu bernasib baik kerana dia mungkin mengalami kegagalan jantung sekiranya lewat ke hospital.

Disiarkan pada: November 9, 2019 @ 10:27pm
d