global

3 ditahan, senjata api dirampas dalam serbuan

Oleh AFP

ATHENS: Polis menahan tiga individu dan merampas beberapa senjata api selepas menyerbu 13 rumah dalam operasi anti pengganas di Athens semalam.

AFP yang memetik polis berkata, mereka terdiri daripada dua lelaki berusia 41 dan 45 tahun serta seorang wanita berusia 39 tahun yang didakwa terbabit dalam aktiviti keganasan.

Menurutnya, seorang lelaki lelaki berusia 46 tahun masih lagi bebas.

Polis yang melakukan serbuan bersama skuad anti pengganas itu merampas raifal AK-47, peledak, dinamit serta beberapa biji bom.

Jurucakap Kementerian Perlindungan Rakyat berkata, salah satu daripada raifal yang ditemui digunakan dalam rompakan di kedai judi utara Cholargos pada Oktober lalu.

Satu lagi senjata AK-47 pula digunakan dalam beberapa serangan oleh sebuah kumpulan pelampau terhadap ibu pejabat parti sosialis, PASOK serta kedutaan Mexico di Athens pada 2016.

Disiarkan pada: November 9, 2019 @ 11:54pm
d