global

Belajar pasang AK-47

Oleh AFP

MOSCOW: Lebih seratus murid sekolah di Russia dilatih memasang AK-47 yang diadakan di sebuah taman di selatan Moscow, semalam sempena meraikan ulang tahun ke-100 kelahiran Mikhail Kalashnikov, legenda pencipta senapang.

Ulang tahun yang disambut hari ini, diraikan dengan pelbagai acara termasuk pameran muzium, pendidikan patriotik dan biopik.

Puluhan kanak-kanak lelaki dan perempuan, yang memakai baju samaran, mengambil bahagian dalam pertandingan paintball dan memasang senapang Kalashnikov.

Menurut pengarah organisasi golongan muda Gvardia, Andrei Starykh, berkata sekurang-kurangnya 100 murid mengambil bahagian dalam acara Kalashnikovs hari ini.

“Kanak-kanak di Russia perlu tahu ‘kehidupan sebenar’ dan oleh itu mereka harus tahu cara memasang senjata teragung itu,” katanya.

Kalashnikov, yang meninggal dunia pada 2013 dalam usia 94 tahun, diangkat sebagai wira kebangsaan dan simbol ketenteraan kebanggaan negara.

Senapang serangannya menjadi pilihan gerila dan kerajaan di seluruh dunia malah menjadi asas pendidikan ketenteraan di Russia.

Lebih 100 juta Kalashnikovs sudah dijual di seluruh dunia dan sekitar 50 tentera menggunakan AK-47 termasuk di Iraq dan Somalia.

Disiarkan pada: November 10, 2019 @ 12:16pm
d