global

Pegawai perhutanan dituduh membunuh

Oleh AFP

BANGKOK: Thailand mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang pegawai perhutanan yang dikaitkan dengan kehilangan seorang aktivis kumpulan etnik minoriti, lebih lima tahun lalu susulan penemuan sisa mayat mangsa yang rentung membawa kepada perkembangan baru dalam kes berkenaan.

Ketua kumpulan etnik Karen, Por Cha Lee Rakcharoen atau lebih dikenali sebagai Billy, hilang pada April 2014 selepas memfailkan saman mendakwa pegawai perhutanan memusnahkan kediaman di taman negara Kaeng Krachan.

Ketua pegawai perhutanan di situ ketika itu, Chaiwat Limlikitaksor dilaporkan antara orang terakhir melihatnya hidup selepas Billy ditahan kerana mengumpul madu lebah secara haram.

Chaiwat bagaimanapun berkata, dia melepaskan Billy dan menafikan terbabit dengan kehilangannya. Dia kemudian dipindahkan ke taman negara lain.

Bagaimanapun, mahkamah rasuah Thailand semalam meluluskan waran tangkap terhadap Chaiwat dan tiga lagi pegawai perhutanan atas pelbagai tuduhan termasuk bunuh dan rompakan, kata Jabatan Siasatan Khas. Tuduhan bunuh membawa hukuman mati.

Disiarkan pada: November 11, 2019 @ 11:16pm
d