global

Bahaa digeruni Israel

Oleh Agensi

GAZA: Komander kumpulan pejuang Islamic Jihad, Bahaa Abu al-Ata yang terbunuh dalam serangan udara Israel semalam digeruni rejim Zionis kerana memainkan peranan utama dalam operasi terhadap negara itu.

Rejim Zionis menuduh Bahaa, 42, bertanggungjawab dalam serangan roket rentas sempadan dan serangan lain ke Israel.

Sayap bersenjata Islamic Jihad yang dikenali sebagai Briged al-Quds adalah yang kedua paling kuat selepas Briged al-Qassam dari Hamas.

Bahaa sering menjadi sasaran pembunuhan Israel sejak beberapa tahun lalu termasuk pada 2012 yang menyebabkan dia cedera.

Ketika perang antara Hamas dan Israel pada 2014, Bahaa turut menjadi sasaran serangan tetapi terselamat.

Serangan udara Israel pada waktu Subuh semalam terhadap rumah Bahaa turut menyebabkan isterinya dan tiga yang lain terbunuh.

Dua anak pasangan turut dilaporkan cedera parah.

Susulan serangan berkenaan pejuang Palestin di Gaza melancarkan roket bertali arus ke wilayah Israel.

Disiarkan pada: November 13, 2019 @ 1:32am
d