global

Dua kru cedera dirompak lanun

Oleh Reuters

MEXICO CITY: Dua kru sebuah kapal Itali yang membawa bekalan ke Mexico cedera selepas diserang sekumpulan lanun di selatan Teluk Mexico.

Salah seorang mangsa ditembak manakala seorang lagi cedera di kepala dan mereka kini mendapatkan rawatan di hospital, kata tentera laut dalam satu kenyataan hari ini.

Ketika kejadian, kapal dengan seramai 35 kru itu membawa bekalan untuk perindustrian minyak Mexico dan diserang di luar bandar Ciudad del Carmen di Campeche.

Menurut sumber, kira-kira lapan lanun bersenjata dalam dua kapal kecil menyerang kapal itu dan merompak krunya.

Syarikat minyak Mexico, Pemex dalam satu kenyataan berkata kejadian lanun yang semakin meningkat menjejaskan pengeluaran minyaknya.

Ini kerana peralatan canggih dilarikan dan dijual semula oleh lanun.

Disiarkan pada: November 13, 2019 @ 11:04am
d