global

Si bulus jadi wira [VIDEO]

Oleh Agensi

BOGOTA: Seekor kucing yang menerkam seorang bayi berjaya menyelamatkannya dari terjatuh tangga di rumahnya di Bogota, Colombia, menerusi satu rakaman video tular di media sosial.

Mirror Online melaporkan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan kucing Siam yang bernama Gatubela melompat ke atas bayi berusia setahun, Samuel León ketika merangkak menghampiri tangga.

Tindakan agresif kucing terbabit menyebabkan bayi itu berpatah balik dan terus ditemani haiwan berkenaan.

Menurut bapa bayi itu, Jesid Leon berkata, Gatubela amat rapat dengan anaknya kerana kucing betina terbabit dijaga sejak berusia kira-kira sebulan.

Kucing itu diberi nama Gatubela yang bermaksud Catwoman iaitu salah satu watak dalam DC Comics.

Disiarkan pada: November 13, 2019 @ 6:58pm
d