global

Rancang bom orang Islam, 2 ditahan

Oleh AFP

WARSAW: Dua anggota kumpulan pelampau yang disyaki merancang serangan bom dan senjata api ke atas orang Islam ditahan di Poland, menurut perkhidmatan keselamatan, hari ini.

Stanislaw Zaryn dari Badan Keselamatan Dalam Negeri Poland (ABW) berkata, pihak berkuasa menahan dua suspek berkenaan di Warsaw dan di Szczecin.

Beberapa bahan kimia yang digunakan untuk membuat sejumlah besar bahan letupan, dirampas selepas pihak berkuas giat mencari di beberapa lokasi di pusat bandar, selatan dan barat laut negara itu.

“Penangkapan itu adalah hasil risikan ABW berkaitan kumpulan ekstremis yang berniat mahu melakukan serangan ganas ke atas orang Islam di Poland.

“Ia adalah tangkapan pertama ke atas dua anggota kumpulan itu yang sedang dalam persiapan mahu melakukan keganasan di Poland,” kata Zaryn.

Disiarkan pada: November 13, 2019 @ 10:59pm
d