global

7 maut, paip gas Mesir terbakar

Oleh Reuters

KAHERAH: Sekurang-kurangnya tujuh maut dan 16 lagi cedera dalam kebakaran di kampung di Delta Nil petang semalam, beberapa jam selepas cubaan mencuri gas menyebabkan kebocoran di kawasan itu, lapor Akhbar Elyom.

Seorang penduduk tempatan memberitahu, hospital di kawasan itu sesak dan angka korban dipercayai lebih ramai berbanding yang dilaporkan.

Katanya, bau gas dapat dihidu di mana-mana.

Ketua Petroleum Pipelines Company, Abdel-Moneim Hafez berkata, cubaan merompak saluran paip berlaku di Italy el-Baroud di wilayah Beheira petang semalam.

“Berikutan kebakaran yang tidak diketahui puncanya, ada api dalam produk bocor susulan kemalangan itu.

“Pasukan teknikal dikejarkan ke lokasi selepas cubaan mencuri itu dan mengawal kebocoran,” katanya yang dipetik agensi berita rasmi MENA.

Disiarkan pada: November 14, 2019 @ 10:17am
d