global

Israel serang Gaza lagi

Oleh AFP

GAZA: Israel melancarkan serangan baru mensasarkan kumpulan Jihad Islam di Gaza awal pagi ini selepas gencatan senjata dilancarkan semalam.

Gencatan senjata bermula awal pagi susulan serangan yang membunuh 34 penduduk Palestin di Semenanjung Gaza dua hari lalu.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam kenyataannya menerusi WhatsApp kepada wartawan berkata serangan itu mensasarkan Jihad Islam, kumpulan kedua paling berpengaruh di Palestin selepas Hamas.

“IDF ketika ini menyerang Islamic Jihad di Semenanjung Gaza,” katanya.

Serangan dilakukan selepas Gaza melancarkan lima roket ke Israel susulan gencatan senjata dikuatkuasakan.

Menurut kenyataan itu, dua roket dipintas tentera Israel.

Disiarkan pada: November 15, 2019 @ 11:17am
d