global

Suami isteri maut ditembak

Oleh BERNAMA

PATTANI: Sepasang suami isteri maut, manakala cucu perempuan mereka cedera dipercayai ditembak, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Jurucakap Polis Pattani berkata, dalam kejadian kira-kira 5.45 petang (waktu tempatan), pasangan berusia 60 dan 55 tahun itu, bersama cucu mereka berusia 2 tahun, menaiki motosikal pulang dari pasar.

“Ketika di Kampung Tupat, Mukim Khuan Nori mereka dipercayai ditembak dua individu.

“Pasangan itu meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Pasangan itu mempunyai seorang anak yang bertugas sebagai anggota polis di Yala.

Motif serangan itu masih disiasat polis

Disiarkan pada: November 16, 2019 @ 7:13am
d