global

Lima penyokong Morales maut

Oleh AFP

SACABA: Lima penyokong bekas presiden Evo Morales terbunuh dalam pertempuran ganas di Bolivia tengah, hari ini.

 

Pihak berkuasa tidak melaporkan kematian itu yang berlaku di luar Cochabamba.

 

Namun, seorang wartawan AFP di lokasi melihat mayat lima mangsa berkenaan di hospital.

 

Dalam pertempuran itu, seramai 100 orang dikatakan ditahan pihak berkuasa dan media tempatan melaporkan lapan individu cedera.

 

Disiarkan pada: November 16, 2019 @ 9:46am
d