global

Penembak remaja sudah 'pergi'

Oleh AFP

LOS ANGELES: Remaja yang menembak mati dua rakan sekelasnya sebelum menembak kepala sendiri meninggal dunia di hospital hari ini.

Nathaniel Berhow, 16, meninggal dunia pada jam 3.32 petang waktu tempatan, kata jurucakap Jabatan Polis Los Angeles County, Marvin Crowder.

Semalam adalah ulang tahun ke-16 Berhow dan pelajar itu membawa pistol .45 semiautomatik berkaliber ke Sekolah Tinggi Saugus, California yang disimpan dalam beg galasnya.

Dia melepaskan tembakan ke arah beberapa pelajar sebelum menembak kepala sendiri.

Disiarkan pada: November 16, 2019 @ 10:15am
d