global

'Popeye' dah insaf

Oleh Agensi

MOSCOW: Seorang lelaki yang digelar Popeye kerana memiliki lengan yang besar selepas disuntik dengan jeli petroleum kini menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bahan berbahaya itu.

Kirill Tereshin, 23, menyuntik jeli petroleum sebanyak tiga liter pada lengannya hingga ia membesar walaupun doktor memberi amaran ia mungkin mengancam nyawa dan boleh menyebabkan tangannya di potong.

Tereshin pada mulanya bangga dengan lengannya itu tetapi dia akhirnya mengambil keputusan mengeluarkan cecair berkenaan selepas dipujuk seorang aktivis, Alana Mamaeva.

Alana yang juga isteri pemain bola sepak Russia mengetuai kempen membantu mangsa pembedahan plastik.

Dia juga mengumpul dana untuk Tereshin menjalani pembedahan mengeluarkan cecair itu.

Pakar bedah Dr Dmitry Melnikov yang mengetuai pembedahan itu berkata, Tereshin perlu menjalani beberapa lagi pembedahan susulan kerana sebahagian tisunya rosak.

“Jeli petroleum ini mengeraskan otot, tisu bawah kulit dan kulit itu sendiri.

“Semua itu perlu dibuang tetapi kami perlu memastikan saluran darah, saraf dan fungsi lain anggota badan ini,” katanya.

Disiarkan pada: November 17, 2019 @ 12:13am
d