global

Isytihar darurat wabak campak

Oleh Reuters

MELBOURNE: Samoa mengisytiharkan darurat hari ini dengan menutup semua sekolah dan melarang sebarang perhimpunan awam, selepas beberapa kematian dikaitkan wabak campak yang merebak sehingga ke pulau Pasifik.

Kepulauan itu yang didiami 200,000 penduduk mengisytiharkan wabak campak itu pada penghujung Oktober selepas kematian pertama dilaporkan.

Menurut Kementerian Kesihatan, sejak Oktober lalu sekurang-kurangnya enam kematian dilaporkan, sebahagian besar bayi berusia kurang dua tahun.

“Daripada 716 kes yang disyaki wabak campak, 40 peratus ditahan di hospital.

“Vaksin diberikan untuk orang awam yang belum menerima suntikan itu dan kini harus diambil menurut undang-undang. Hanya kira-kira dua pertiga daripada penduduk sudah menerimanya,” kata kerajaan dalam satu kenyataan.

Ketua Pengarah Kesihatan Samoa, Leausa Take Naseri, berkata kanak-kanak berkenaan maut akibat tidak diberi vaksin.

Disiarkan pada: November 17, 2019 @ 1:30pm
d