global

Gempa 6.3 magnitud gegar selatan Mexico

Oleh Reuters

SINGAPORE: Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda Chiapas di selatan Mexico semalam, kata Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Tiada laporan kematian atau kerosakan susulan gempa bumi berkenaan yang berlaku pada kedalaman 26 kilometer dengan jarak 120 kilometer ke wilayah Suchiate di barat negeri itu.

Terdahulu, Pusat Seismologi Mediterranean-Eropah meletakkan gempa itu berukuran 6.2 magnitud.

Disiarkan pada: November 20, 2019 @ 1:57pm
d