global

5 maut letupan di kilang mercun

Oleh AFP

ROME: Lima maut dalam dua letupan di kilang mercun di Sicily, kata bomba dan polis selepas kejadian berlaku di sebuah syarikat perniagaan keluarga.

Letupan semalam mengorbankan dua pekerja dan isteri pemilik syarikat Costa di Barcellona Pozzo di Gotto, di wilayah Messina, Sicily.

Menurut polis, anak lelaki pemilik cuba menyelamatkan nyawa ibunya dan seorang dari empat yang dibawa ke hospital kerana mengalami kecederaan serius.

Salah seorang mangsa cedera meninggal di hospital.

Komander polis, Giancarmine Carusone berkata: “Menurut bukti awal, berlaku dua ledakan. Ia dipercayai berpunca daripada percikan api peralatan kimpalan.”

Seorang pekerja yang dilaporkan hilang kemudian ditemui mati di bawah runtuhan manakala seorang lagi pekerja yang dalam depo ketika letupan berjaya ditarik keluar hidup-hidup.

Pekerja kilang bersiap sedia meraikan sambutan Tahun Baru termasuk pameran bunga api tradisional di selatan Itali bertujuan mengusir semangat jahat.

Disiarkan pada: November 21, 2019 @ 11:52am
d