global

Maut ditikam pesakit mental

Oleh AFP

FRANKFURT AM MAIN: Seorang pesakit mental menikam hingga mati anak lelaki bekas Presiden Jerman, Richard von Weizsaecker di sebuah hospital Berlin menyebabkan seorang mangsa lain cedera parah, kata polis semalam.

Mangsa, Dr Fritz von Weizsaecker ditikam di bahagian leher ketika menyampaikan ucapan mengenai penyakit hati di Hospital Schlosspark di kejiranan barat Berlin di Charlottenburg malam kelmarin.

Bapa empat anak berusia 59 tahun itu maut di tempat kejadian manakal penyerangnya berjaya ditahan.

Penyerang berusia 57 tahun yang didiagnosis ‘sakit mental akut’ itu kemungkinan berhalusinasi membenci keluarga Weizsaecker.

Weizsaecker menjadi Presiden Jerman Barat dari 1984 hingga 1990 dan kemudian memegang jawatan sama dalam Jerman bersatu dari 1990 hingga 1994.

Disiarkan pada: November 21, 2019 @ 1:25pm
d