global

2 terkorban ketika latihan penerbangan

Oleh NYT

OKLAHOMA: Dua anggota tentera terbunuh sewaktu melakukan latihan penerbangan semalam, di Pangkalan Udara Vance di Oklahoma.

Menurut Komander bahagian latihan, Kolonel Corey Simmons, kemalangan dua pesawat itu berlaku sekitar 9.10 pagi membabitkan dua jet latihan T-38 Talon semasa mahu mendarat.

“Misi latihan di pangkalan di Enid, Oklahoma, sekitar 60 kilometer ke utara Oklahoma City adalah rutin,” kata pangkalan itu di Facebook.

Menurut Tentera Udara, kedua-dua mangsa berada pada pesawat masing-masing. Responden kecemasan bergegas ke tempat kejadian untuk merawat dan memulihkan mangsa.

Simmons berkata, Tentera Udara akan memberitahu nama pegawainya yang terkorban, hari ini, selepas keluarga mangsa dimaklumkan.

Menurut seorang jurucakap pangkalan, pejabat keselamatan Vance akan menjalankan siasatan mencari punca kemalangan berkenaan.

Disiarkan pada: November 22, 2019 @ 11:34am
d