global

Google perketat dasar iklan politik

Oleh AFP

SAN FRANCISCO: Google, semalam mengemas kini cara mengendalikan iklan politik apabila platform atas talian itu digunakan sebagai penyebar maklumat mengelirukan bagi mempengaruhi pengundi.

Google melarang sebarang pengiklanan berbaur kempen politik dan berbentuk pembohongan.

Namun syarikat gergasi internet itu mahu supaya dasar berkenaan lebih jelas dan memberi lebih banyak contoh bagaimana kandungan terlarang seperti imej atau video yang diubah suai atau dimanipulasi.

“Ia melanggar dasar kami bagi sebarang pengiklan untuk membuat dakwaan palsu, sama ada ia mengenai penentuan kerusi atau dakwaan anda boleh mengundi menerusi mesej teks, tarikh pilihan raya ditangguhkan atau calon meninggal dunia,” kata Timbalan Presiden Pengurusan Produk Iklan Google, Scott Spencer.

Contoh bahan iklan terlarang termasuk iklan atau pautan kepada maklumat dakwaan palsu yang boleh mengurangkan kepercayaan pengundi atau penyertaan mereka pada hari mengundi.

Disiarkan pada: November 22, 2019 @ 2:37pm
d