global

Enjin Boeing Co 777 terbakar

Oleh Reuters

LOS ANGELES: Sebuah pesawat Philippine Airlines yang berlepas ke Manila terpaksa membuat pendaratan cemas akibat kegagalan enjin sejurus meninggalkan lapangan terbang Los Angeles, semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles berkata, juruterbang Penerbangan 113 mengisytiharkan kecemasan dan melaporkan kemungkinan berlaku kegagalan enjin pada pesawat Boeing Co 777.

Seorang saksi berkata, api kelihatan menyala di bahagian enjin.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan tidak dapat dipastikan jumlah penumpang dan kru dalam pesawat pada hari kejadian.

Agensi Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) berkata, pesawat berkenaan berpatah balik dan mendarat tanpa sebarang insiden.

Pesawat itu mendarat sekitar jam 12 tengah hari waktu tempatan dengan kehadiran Jabatan Bomba Los Angeles.

Disiarkan pada: November 22, 2019 @ 2:41pm
d