global

Wanita dipenjara 14 tahun sertai Daesh

Oleh AFP

PARIS: Seorang ibu warga Perancis yang membawa tiga anaknya ke Syria untuk menyertai kumpulan Daesh pada 2014 dijatuhi hukuman penjara 14 tahun di Paris, semalam.

Hakim mensabitkan Jihane Makhzoumi, 38, atas tuduhan termasuk keganasan dan mengabaikan kanak-kanak.

“Hanya satu hukuman yang boleh digunakan di bawah keperluan ini,” kata hakim.

Makhzoumi meninggalkan Perancis bersama pasangannya Eddy Leroux, seorang militan Daesh dipercayai terbunuh di Syria dengan tiga anaknya dan anak keempat, anak perempuan Leroux.

Dia ditahan di lapangan terbang Paris sekembali bersama tiga anaknya pada 2016 namun anak perempuan Leroux disyaki ditinggalkan di Syria.

Disiarkan pada: November 23, 2019 @ 1:46pm
d