global

Nahas 'kereta terbang' [VIDEO]

Oleh Agensi

NEW DELHI: Sebuah kereta yang dipandu laju dirakam hilang kawalan hingga jatuh terpelanting dari sebuah jejambat lalu menyebabkan seorang maut dan enam lagi cedera di Hyderabad, India.

Daily Mail melaporkan, mangsa yang maut itu membabitkan seorang wanita yang sedang menunggu bas di bawah jejambat berkenaan.

Rakaman terbabit menunjukkan kereta itu memecut laju sebelum terbalik di bahagian selekoh lalu terjatuh keluar.

Orang ramai dan beberapa penunggang motosikal yang berada di bawah jejambat terpinga-pinga melihat kereta berkenaan sebelum bergegas membantu mangsa.

Disiarkan pada: November 24, 2019 @ 11:17am
d