global

18 terbunuh pesawat Congo terhempas

Oleh Reuters

GOMA: Seramai 18 orang terbunuh selepas sebuah pesawat komersil terhempas di bandar Goma, timur Republik Demokratik Congo hari ini.

Jurucakap Gabenor Kivu Utara, Carly Nzanzu Kasivita berkata, pesawat dikendalikan syarikat tempatan Busy Bee itu terhempas ketika berlepas ke bandar Beni.

Ketika kejadian, pesawat terbabit membawa seramai 16 penumpang dan dua anak kapal, kata Busy Bee dalam satu kenyataan.

Kemalangan udara di Congo kerap berlaku disebabkan standard keselamatan rendah dan penyelenggaraan teruk.

Semua syarikat penerbangan komersil negara itu dihalang beroperasi di Kesatuan Eropah.

Disiarkan pada: November 24, 2019 @ 6:35pm
d