global

Bloomberg mahu lawan Trump tahun depan

Oleh AFP

WASHINGTON: Jutawan dan bekas datuk bandar New York, Michael Bloomberg mengumumkan bakal bertanding dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada tahun depan.

“Saya mahu menewaskan Donald Trump dan membangunkan semula Amerika,” katanya dalam kenyataan di laman webnya semalam.

Bloomberg, 77, turut melancarkan iklan kempen sebanyak AS$30 juta (RM125.16 juta) untuk disiarkan di televisyen dan radio seluruh negara.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi berhubung niat Bloomberg bertanding dalam pilihan raya akan datang.

“Kami tidak sanggup meneruskan empat lagi tahun di bawah kepimpinan Trump yang cuai dan tidak beretika,” katanya.

Bloomberg yang memiliki harta sebanyak AS$50 bilion (RM208.61 bilion) akan bersaing dengan 17 calon Parti Demokrat lain untuk menggantikan tempat Trump.

Disiarkan pada: November 25, 2019 @ 12:15am
d