global

2 mangsa culik militan diselamatkan

Oleh AFP

MANILA: Tentera Filipina berjaya menyelamatkan pasangan suami isteri selepas hampir dua bulan diculik oleh militan yang mempunyai kaitan dengan Daesh di sebuah pulau peranginan di selatan negara itu, kata pihak berkuasa.

AFP melaporkan, lelaki warga Britain dan isterinya, Alan dan Wilma Hyrons diselamatkan selepas pasukan tentera itu bertempur dengan kumpulan Abu Sayyaf di selatan pulau Jolo.

“Terdapat insiden berbalas tembakan dan mereka kemudiannya hanya meninggalkan pasangan itu selepas digempur tentera,” kata Leftenan Jeneral Cirilito Sobejana.

Jurucakap tentera wilayah, Arvi Encinas mengesahkan, tiada wang tebusan dibayar kepada kumpulan itu.

Pasangan itu diculik beberapa lelaki bersenjata di pulau peranginan di selatan pulau Mindanao pada 4 Oktober lalu.

Disiarkan pada: November 25, 2019 @ 2:38pm
d