global

2 paderi kena penjara lebih 40 tahun

Oleh AFP

MENDOZA (Argentina): Dua paderi Roman Katolik masing-masing dijatuhkan hukuman penjara lebih 40 tahun di sebuah mahkamah di Argentina kerana melakukan penderaan seksual termasuk rogol kanak-kanak serta remaja pekak dan bisu.

AFP melaporkan, Horacio Cobacho dipenjara 45 tahun manakala Nicola Corradi dikenakan hukuman penjara 42 tahun kerana mendera 20 mangsa di Institut Provolo antara 2004 hingga 2016.

Kebanyakan mangsa dikatakan berusia antara empat hingga 17 tahun.

Tukang kebun sekolah itu, Armando Gomez turut dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun kerana melakukan penderaan seksual.

Beberapa kakitangan lain pernah ditahan sejak kes berkenaan terbongkar pada 2016 sebelum institusi yang terletak kira-kira 1,000 kilometer di barat Buenos Aires itu ditutup.

Ia termasuk seorang biarawati warga Jepun, Kosaka Kumiko, 42, yang ditahan selepas menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Disiarkan pada: November 26, 2019 @ 10:53am
d