global

Gempa bumi kuat gegar Albania

Oleh Reuters

TIRANA: Gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud menggegarkan Albania pagi tadi, menyebabkan penduduk bertempiaran lari ke jalan raya untuk menyelamatkan diri.

Reuters melaporkan, kejadian sekitar jam 4 pagi waktu tempatan itu adalah kali kedua dilaporkan berlaku dalam tempoh dua bulan.

Gempa berlaku kira-kira 10 kilometer di barat laut Shijak yang terletak antara Durres dan ibu kota itu, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Rakaman video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan sebuah bangunan runtuh di Durres manakala satu lagi rakaman menunjukkan terdapat beberapa bangunan retak.

Dua jurucakap kerajaan memberitahu kemusnahan paling teruk membabitkan bangunan di Durres dan beberapa mangsa sudah dihantar ke hospital untuk rawatan.

Disiarkan pada: November 26, 2019 @ 1:52pm
d