global

Mangsa gempa panik terjun bangunan

Oleh AFP

TIRANA: Seorang lelaki berusia 50-an maut selepas terjun dari sebuah bangunan akibat panik ketika gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud menggegarkan Albania pagi tadi, kata kementerian pertahanan.

AFP yang memetik jurucakap kementerian itu berkata, kejadian berlaku di Kurbin, barat laut Albania.

Gempa berlaku di kira-kira 34 kilometer barat laut Tirana menyebabkan orang ramai bertempiaran lari ke jalan raya untuk menyelamatkan diri.

Berita berkaitan

Gempa bumi kuat gegar Albania

Disiarkan pada: November 26, 2019 @ 3:02pm
d