global

13 tentera maut helikopter bertembung

Oleh AFP

PERANCIS: Seramai 13 anggota tentera Perancis daripada pasukan antipengganas Barkhane terbunuh di Mali selepas dua helikopter bertembung dalam kejadian semalam.

Insiden itu berlaku ketika pasukan berkenaan bertempur dengan pengganas dalam satu operasi di utara Mali.

Pengganas mula melancarkan beberapa serangan maut di utara negara itu sejak beberapa minggu lalu.

Disiarkan pada: November 26, 2019 @ 5:19pm
d