global

Bomba sukarela didakwa bakar hutan

Oleh AFP

SYDNEY: Polis mendakwa seorang anggota bomba sukarela yang sengaja melakukan pembakaran hutan sebelum kembali membantu petugas lain memadamnya.

AFP melaporkan, pihak berkuasa mendakwa remaja berusia 19 tahun itu kerana menyalakan tujuh api di New South Wales yang paling teruk dilanda kebakaran hutan antara pertengahan bulan lalu hingga bulan ini.

Dia dilihat berada di dalam sebuah kenderaan pada Selasa lalu, tidak lama sebelum kebakaran tercetus di kawasan berhampiran.

“Dia akan didakwa di mahkamah kerana menyalakan api dan meninggalkan kawasan terbabit sebelum kembali menjalankan tugas sebagai anggota bomba sukarela bagi memadam kebakaran,” kata polis dalam kenyataan.

Dia ditahan tidak lama selepas kejadian itu dan didakwa dengan tujuh tuduhan mencetuskan kebakaran.

Disiarkan pada: November 27, 2019 @ 11:47am
d