global

Israel lancar serangan balas

Oleh AFP

BAITULMAQDIS: Israel menyerang beberapa sasaran di Semenanjung Gaza sebagai tindak balas terhadap serangan roket yang dilancarkan dari wilayah Palestin, kata tentera mereka.

Mereka mendakwa, serangan itu dilakukan selepas dua roket dilancarkan ke arah mereka semalam yang salah satunya berjaya dipintas oleh sistem anti peluru berpandu.

Serangan roket itu mencetuskan bunyi siren di sekitar bandar Sderot berhampiran sempadan Gaza.

Katanya, antara yang menjadi sasaran ialah tapak pengeluaran senjata dan infrastruktur terletak di bawah tanah.

Sekurang-kurangnya dua tapak milik Hamas diserang oleh Israel dan setakat ini tidak ada kematian atau kecederaan dilaporkan.

Pada 12 November lalu, Komander kumpulan Jihad Islam Palestin (PIJ), Baha Abu Al-Ata terbunuh dalam serangan tentera Israel sekali gus mencetuskan serangan balas roket dari kumpulan terbabit.

Disiarkan pada: November 27, 2019 @ 1:55pm
d