global

[UPDATE] 30 maut susulan gempa bumi di Albania

Oleh AFP

THUMANE: Jumlah mangsa korban dalam gempa bumi di Albania meningkat kepada 30 orang manakala lebih 650 orang cedera.

Tirana mengisytiharkan darurat akibat gempa bumi berukuran 6.4 magnitud kelmarin dengan ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Pekerja kecemasan dibantu pasukan Greek menarik mayat seorang lelaki dan cuba menyelamatkan seorang wanita, selepas ditimpa runtuhan selama 24 jam.

“Kira-kira 45 orang lagi diselamatkan,” kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan.

Menurut Kementerian Kesihatan, sekurang-kurangnya 650 orang masih dirawat, majoritinya cedera ringan.

Disiarkan pada: November 27, 2019 @ 8:44pm
d