global

Lelaki didakwa lempar najis

Oleh AFP

OTTAWA: Seorang lelaki didakwa di mahkamah selepas melempar najis manusia ke arah orang ramai di beberapa kampus universiti serta pejalan kaki di Toronto.

AFP melaporkan, Samuel Opoku, 23, ditahan pada Selasa lalu sebelum dihadapkan ke mahkamah dengan 10 tuduhan membuat kacau dan melakukan serangan dengan senjata.

Menurut polis, dia didakwa menyimbah najis yang diisi dalam baldi ke arah seorang wanita dan anaknya yang duduk di perpustakaan universiti.

Dia turut melakukan perbuatan sama terhadap seorang wanita dan lelaki di sebuah lagi kampus universiti termasuk pejalan kaki wanita di Toronto.

Kejadian itu masing-masing dilaporkan berlaku pada Jumaat, Ahad dan Isnin lalu.

Disiarkan pada: November 28, 2019 @ 11:13am
d