global

200 penduduk lari selamatkan diri

Oleh AFP

MAJURO (MARSHALL ISLANDS): Lebih 200 orang lari meninggalkan kediaman masing-masing selepas dibanjiri gelombang besar di Majuro, Kepulauan Marshall.

Ombak besar setinggi kira-kira 5 meter membawa batuan dan sampah sehingga ke jalan raya, menyebabkan laluan ke lapangan terbang antarabangsa terputus, kelmarin.

Pasukan Palang Merah menubuhkan pusat pemindahan banjir di dua sekolah iaitu di sebuah masjid dan gereja tempatan malah turut membantu memindahkan penduduk.

Kepulauan Marshall antara salah satu daripada beberapa negara Pasifik yang terletak di garis perubahan iklim, menyebabkan ia sentiasa dilanda fenomena perubahan cuaca.

Disiarkan pada: November 29, 2019 @ 1:03pm
d